9 Feb 2011

Perjalanan Hakikat Bag.9


oleh Ustadz :  Umustaffar Mustaffa
Allahumasali wasallim wabarik ‘alaa Muhammad fil awwalin wal akhirin. wassali wasalim wabarik ‘aala Muhammad ninnabi ‘iluummi
Allahumasalli wasallim wabarik’alaa Muhammad man natoqa wahyan yuha

Makanan pun sampai; nasi dan bungkusan aluminium foil di dalamnya ada dua hiris (ketul) ikan pari di saluti sambal asam pedas…

Bila ternampak ikan di kerat macam itu, dalam hati Guru bertanya di mana bahagian yang lainnya?

Lepas itu Guru teringat pula soalanya seakan akan soalan Khalifah Harun Al Rashid bertanya Abu Nawas,


“dimana lagi kaki itek air yang satu lagi? ”

Ceritanya, beginda suruh Abu Nawas masakkan itek air. Abu Nawas pandai masak. Apa bila dah masak Abu Nawas telah bawa hidangan kepada Beginda , tetapi sebelum itu dia dah makan satu peha itek itu… Abu Nawas jawab “ Patik ingat Al mukminin dah tahu iaitu itek kakinya satu….Belum pernah lah patik tenguk itek berkaki dua”

“Mana boleh!” Jerit Khalifah….

Memendekkan cerita , lalu di bawanya Abu Nawas ke tepi air di waktu senja, di waktu itek itek itu sedang berihat…Memang itek berdiri atas satu kaki bila berehat….satu kaki lagi Khalifah tak nampak di bengkokkan di bawah kepaknya…

“Y a Almukminin , sekarang cuba lihat, betul tak itek itu berkaki satu ?”

Khalifah tersipu sipu dan terpinga pinga…nak percaya atau tidak…bukti sudah di depan mata…(kata hakikat “ainul yakin”… sudah lihat sendiri dan timbul keyakinan. Ada tiga jenis yakin, ilmu yakin .’ainul yakin dan haqqul yakin).

Firman Allah: Sehingga apabila ia (zulkarnain) sampai di tempat terbenamnya matahari, ia dapati matahari itu terbenam di suatu mata air yang bercampur warna hitam..( surah Al Khafi)

Firman Allah: Ia dapati matahari naik (Al khafi..)

Firman Allah : Ia dapati mata hari terbenam (Al khafi)

Semua ayat ini menunjukkan Allah melihat ciptaan nya dari kaca mata

manusia sendiri….Allah bersama kita…

Azan zuhur berkumandang .. Guru bertanya kenapa bila sampai ‘Hai Yaa ‘alassholah….dan hai ya ‘ala falah…” kita kena jawab “laa haula wala quwwata illah billah….”

“Mari lah kita sembayang…” kenapa tak jawab ‘Insyaalah ke..”

Arahan suruh kita sembahyang dan kita kena jaga sembahyang …Tapi kita tak berdaya nak lakukannya sendiri melainkan atas izin , gerak dan kuasa Allah jua….

Masa Azan lagi kita sudah menyerah…..

Apatah lagi bila kita angkat kedua tangan kita keatas satu symbol universal ‘surrender”…mengaku kalah ..lemah..tak berdaya melainkan… Engkau bantu…tolong gerakkan…afaal Engkau…

Wassalam.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar