9 Feb 2011

Perjalanan Hakikat Bag.10


oleh Ustadz  Umustaffar Mustaffar
Allahumasali wasallim wabarik ‘alaa Muhammad fil awwalin wal akhirin. wassali wasalim wabarik ‘aala Muhammad ninnabi ‘iluummi
Allahumasalli wasallim wabarik’alaa Muhammad man ‘alammahu syadidulqoha

Kelebihan pokok pokok tuhan jadikan ialah dapat menfaatkan tenaga matahari
.. Matahari lah punca segala tenaga yang di perlukan di dunia ini, petroleum, gas, arang batu, apa saja jenis bahan tenaga semuanya dari matahari, tiada matahari dunia sejuk,sesejuk nya

….hanya pokok boleh memprosesnya dan menyalurkan atau mengalirkan tenaga ini kepada bahagian yang lain lain di dunia ini.


Dunia yang berumur berjuta tahun, menghasilkan minyak petrol, arang batu, gas dll dari perut bumi di mana semuanya berpunca dari pokok kayu yang sudah mati dan tertibus berjuta juta tahun lamanya di bawah tekanan yang tinggi yang menukar carbon carbon dari pokok jadi minyak dan gas,,,tenaga yang ada semuanya berasal dari pokok yang melalui matahari.

Matahari ada lah nur Allah yang dapat di lihat dengan mata kasar dan berkerja untuk “menghidupkan “ benda benda yang nyata.. ..

Manakala Nur yang Maha penting tidak di nampakkan tapi di bagi kepada hati yang bersih… Nur ini khas untuk manusia sebagai menyuluh menuju jalan Allah.Siapa yang tidak mendapat Nur ini bermakna dia tak ada iman.

Walau pun pokok tak bergerak, duduk setempat, tapi tiap tiap pokok tetap beribadah pada Allah dengan terus berzikir. Kadang kadang terdengar oleh kita zikirnya di bawa angin pada telinga kita dan dapat melihat gayanya berzikir dengan lentoknya kekiri ke ,bersama menyambut zikirnya angin yang lalu di situ. Bila zuoqnya sudah sampai hingga batang nya juga ikut melentuk...ada setengah setengah lalu rebah….tak tahan lalu menyembah Allah.

Itulah kesoronokan Guru saya bila melihat pokok, dia rasa dapat berhubung dengan Pencipta dengan lebih tenang…

Tapi sekarang itu semua sudah musnah kerana tamak manusia….khazanah Allah yang begitu cantik di musnahkan tanpa belas kesihan..Kalau lah mereka ini dapat mendengar akan pokok pokok itu berzikir mungkin mereka fikir dua kali.

Ketika Guru mengidap sakit dada, terasa denyutan yang amat kuat bergetar dalam dadanya. Denyutnya bila terlalu kuat jadi terasa dua denyutan…bergegar badan guru saya… menggangu zikirnya...Guru tukar zikir kepada selawat...Jadi apa guru buat seterus, ialah mengadu pada Allah sambil memegang tempat yang sakit tu, “ Ya Allah bahawasanya bahagian anggota ini sakit, kau kasihani lah dia…sambil terus berzikir ‘Allahuma shafi…Allahuma mulmuafi” ‘Allahuma shafi…Allahuma mulmuafi” ‘Allahuma shafi…Allahuma mulmuafi” berterusan. Kemudian baru lah turun denyutnya…

“Bila kita berzikir…lepas itu kita terlupa atau di lupakan oleh Allah....kemudian kita teringat balik ( Allah ingatkan balik)… lalu kita sambung zikir, masa kita terlupa tadi katakan dua jam,,, itu Allah maafkan dan dikira kita berzikir juga… “kata Guru.

Wasallam.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar