30 Jan 2011

Perjalanan Hakikat Bag.7


Guru saya bertanya lagi :

Kenapa kanak kanak di panggil wali?

Ini doa seorang “Wali”. Ceritanya, “Wali” ini sedang bertawaf dan setiap siap satu pusingan dia membaca doa ini :
“Allahumaj ’alni min ibadihkalqolil”
Makna Doa ini :
“Wahai tuhan jadikan lah akan daku dari kalangan hamba hamba Engkau yang sedikit”.
Kebetulan waktu itu ada Saidina Umar Al khatab bersama mengerjakan tawaf. Terdengar oleh Saidina Umar akan doa ini dan bagi beliau doa itu pelik bunyinya.


Selepas selesai tawaf, Saidina Umar segera mendapatkan orang tua itu lalu di pengang tangannya seraya berkata: “Tuan, se umur hidupku, aku tidak pernah mendengar doa ini, baik pun semasa Rasulullah hidup”

“Tidak kah kamu membaca ayat yang mengatakan hanya sedikit orang yang bersyukur?”Jawab Wali tersebut dan dia segera beredar dari situ..

Saidina Umar faham akan ayat tersebut yang mengatakan sedikit sangat hamba hamba Allah yang bersyukur dan orang ini lah yang jadi pilihan utama Allah yang dapat melihat wajahnya nanti.
Orang ini lah yang berterbangan di udara seperti yang di lihat Nabi masa Israq-miraj dulu.

Bagi wali tadi mudah saja dia hanya perlu berdoa supaya Allah masukkan dia di kalangan yang sedikit. Wali itu tidak ada doa atau permintaan yang lain lagi. Itu lah mutiara doa !
Ibarat, kita terjumpa pokok buah yang kita ingin menanamnya di rumah kita. Kita bolih gali pokok tu dengan akar umbinya sekali dan naikkan ke lori bawa kat rumah kita…Tapi cara ini banyak kerja dan belanja…Yang mudahnya, kita ambil biji buah pokok tadi dan bawa pulang. Biji itu tak berat untuk kita memikulnya , masuk dalam saku pun boleh.Begitulah dengan mutiara Doa tadi, ,pendek rengkas, padat tapi menyeluruh. Apa yang kita nak lagi?

Pada zaman Nabi dulu memang banyak wali wali.
Ada di ceritakan dalam satu hadith kursi, pada satu majlis, seperti biasa ramai di antara sahabat nabi yang hadzir. Nabi ceritakan akan tiba ke situ seorang hamba Allah yang daif dan yang tak di pedulikan orang; kalau dia ada dalam majlis, orang tak ambil kesah, kalau tak ada di majlis itu pun orang tak bertanya, tapi namanya amat terkenal sekali di langit selalu di sebut sebut oleh para malaikat. Pasal dia tak mahu terkenal di kalangan manusia tapi hati nya sentiasa bersama Allah.

Orang mengikut perjalanan Hakikat elok simpan satu terjemahan Kitab Hikam(hakikat) dan satu lagi Minhajul Abidin oleh Imam Ghazali ( tasawuf), kerana dia dapat mengimbangkan kita supaya tak terlajak.


Terjemahan kata-kata mutiara kitab Al Hikam: Hilangkan pandangan makluk kepada mu kerana puas Dengan penglihatan Allah kepada mu,dan lupakan perhatian (menghadapnya) makluk kepada mu, kerana melihat bahawa Allah menghadap kepadamu.

Sal bin Abdullah Attustary berkata: Seorang tidak dapat mencapai hakikat kewalian sehingga menghilangkan pandangan orang dari fikirannya,sehingga tidak melihat apa apa di dunia, hanya ia Dengan Tuhan yang menjadikannya, sebab tiada seorang pun dapat menguntungkan atau merugikan.

Ingat kisah Lukman Alhakim Dengan putranya berjalan Dengan Keldai.. Tujuan Luqman untuk menunjukan kepada putranya bahawa orang yang beramal atau mengambil-ambil hati orang tidak selamat dari celaan mereka.

Muhammad bin Aslam ra.berkata:Ada kepentingan apakah saya pada manusia padahal sejak saya dalam punggung ayah saya seorang diri, lalu di dalam perut ibu juga seorang diri dan keluar di dunia juga seorang diri,(yakni tidak melalui bantuan manusia) hingga mati dan masuk ke kubur juga seorang diri,dan menghadapi persoalan alam kubur sampai kemudian menghadap kepada Allah dan masuk syurga atau neraka juga seorang diri, maka apakah keperluan saya Dengan manusia

Kita memang berseorangan sejak sebelum lahir iaitu dalam perut ibu kita dan juga bila mati nanti.
Fikirkan lah masa kita nak lahir ke dunia dulu Ibu bapa kita lansung tak terbayang akan wajah kita …

Jadi apa kita bersusah payah nak terkenal, nak orang tahu siapa kita… Yang penting kita dengan Tuhan kita…Biar Tuhan kenal kita dan sayang dan cinta kepada kita. Lepas tu kalau Tuhan nak kita di kenal orang itu hak Dia dan bila orang puji kita itu pun hak dia, pujian itu mesti di kembalikan kepada Dia.

Bercakap ‘sayang Allah kepada kita’ teringat guru akan cerita dalam kitab hikam, bahawa seorang murid selepas sembahyang tahjud di tengah malam, berdoa mengunakan perkataan’ “Ya Allah Engkau yang menyayangi aku…..”

Tiba tiba terdengar oleh gurunya lalu di tegur anak muridnya itu…”.cara itu menyalahi yang biasa…. Sepatutnya kita sebagai hamba , katakan : Ya Allah kau yang aku kasihi…atau sayangi…”

Lalu dijawab anak murid itu balik “sebab Tuhan kasih dan sayang kepada ku lah di gerak dan di bangun aku untuk sholat tahjud… walhal orang lain di biarkan tidur nyenyak”…
Sebab itu Imam Ghazali dulu seorang yang suka berhujah dengan orang; lepas itu bila dia sudah berjinak jinak dengan ilmu tasawuf dan hakikat dia berubah…Tak suka lagi berhujah dan bertikam lidah dengan orang kerana tidak mendatang kan faedah malah menambahkan dosa lagi . Pendirian orang memang sukar nak di ubah.Cuba lah ubah ,lebih lebih lagi kalau dia sudah ada prejudis…

Tuhan dah ada senarai nama ahli syurga dan neraka. Yang masuk Islam dan tak masuk Islam. Di kalangan Islam sendiri ada berlainan tingkat keimamannya, semua sudah di tentukan dalam Lahul Mahfus lagi.Sebelum Alam Ruh lagi…sebelum ada titik permulaan untuk segala segala...Zaman Allah berkata 'BI KANA MAKA NA'(Aku hanya lah Aku) lagi. ”

Dalam bahasa yang mudah di faham … Hakikat baju kapas….Hakikat bangunan batu dan pasir ....Hakikat manusia Ruh …hakikat Ruh ? Belum boleh di ceritakan . Betul hanya ruh mengenal Tuhannya…Tak boleh bagi tahu..Kalau sudah dia bertanya bab ini tanda dia berminat, dia kena cari guru. Kata guru saya lagi.

“Bagaimana mana Imam Ghazali bertukar cara dari pada banyak berfiqah kepada hakikat? “

‘Mengikut cerita, satu hari , Imam Ghazali jadi imam, abangnya jadi makmum. Tiba masuk rakaat ke dua, abangnya bermufarakah,dan dia sembahyang sendirian. Lepas itu selesai sembahyang Imam Ghazali mengadu kepada ibunya mengatakan tak patut abang nya buat begitu, tidak berimamkan dia bila sembahyang. Bila ibunya bertanya kenapa, abangnya menjawab bahawa bila sembahyang di belakang Ghazali dia nampak darah pada baju Ghazali…

Ghazali terus terkejut mendengar cerita abangnya, dia membenarkan kata kata abangnya kerana pada rakaat kedua tadi Imam ghazali teringat akan kesah waktu dia mengajar kepada muridnya tentang haid . (Fikiran Imam ghazali melayang ketika itu , dan sejak hari itu dia faham abangnya seorang yang kasyaf dan ahli hakikat yang tinggi ilmunya.)

Jangan tinggalkan tasawuf dan hakikat Ibadah yang semata mata berlandaskan Fikah dan lain lain syariah ibarat kerangga dan hakikat ada lah hati (ruhnya) ibadah.

Macam mana nak kita sembahkan ibadah kita kepada Tuhan yang kita tak kenal? Bukan kah Tuhan itu suruh kita kenal dia dengan mula mula mengenal alam ciptaannya..? Dalam Al Quran Tuhan suruh kita tenguk apa apa yang ada di langit,,,bukan tenguk langit saja…memandang kelangit tak nampak apa apa …tenguk dengan imaginasi kita…hingga terbit soalan siapa pencipta semua apa apa yang yang ada di situ….
Kata Al-Hikam: Fikiran itu sebagai pelita hati, maka bila dia padam, maka tidak ada penerangan baginya.

Ada Guru yang berpandangan bahawa "Iqra’"…bukan bermakna baca… Nabi tak mengenal huruf …mana boleh baca…jadi maknanya di sini mestilah ilmu… cari ilmu…sebab ilmu boleh di cari tanpa mengenal huruf dengan di ajar dan kemudian memahamnya …ilmu bermakna faham dan tahu… Matalamat ilmu ialah “tahu”…Kita menuntut ilmu tapi tak tahu bukan ilmu namanya ...Jibril mengajar Nabi ‘ilmu’, dia tak mengajar nabi membaca macam orang lain baca….dengan mengenal huruf dulu…Tapi Nabi tidak…Nabi menghafal..ikut apa jibril kata,,.Nabi hafis Al-Quran, kelebihan Tuhan bagi…… ..
‘Iqra’ bismi rabikallazii khalaq”…Baca ( sebut) dengan nama Allah yang telah dijadikan…

Masa itu tiada satu pun yang tertulis untuk di baca yang di tunjukkan oleh jibrih… Macam mana nak baca? bererti ilmu yang di ajar oleh jibril…ia itu ilmu ketuhanan.

“ maalam yagh lam””….Yang mereka tak tahu…(tak ada ilmu)

“Tahu” ertinya bermula dari 'ilmu' seorang itu akhirnya jadi tahu(faham)…contoh, ilmu mengatakan kacang soya bila di hancurkan, di masukkan air and di panaskan …di bekukan kemudiannya akan jadi tahu…'ilmu' itu ajar kita jadi 'tahu' buat tahu !

Sebab itu orang Arab di sana sudah hilang ‘gerunnya sebagaiman maksud ayat AlQuran bahawa orang mukmin bila di lihat oleh orang kafir akan rasa gerun‘."Ruh Islam sudah tiada macam mana kafir nak gerun.....

Jadi kita kenalah kembali mendapatkan balik "kegerunan" itu.

Guru teringat akan cerita seorang lagi wali yang di ceritakan oleh Nabi., Hamba Allah itu seorang gembala kambing tinggal jauh di pendalaman. Nabi menghantar wakil berjumpa wali itu. Tak silap GUru yang pergi Saidina Umar dan Ali.

Bila sampai ke tempat itu, wali itu sedang sembahyang. Sebaik selesai ,Wali itu berasa malu, minta maaf kerana ini kali pertama dia sembahyang di depan manusia ( di lihat manusia). Dia rasa bersalah pada Tuhan, seolah olah nak menunjuk nunjuk.

Dalam bercerita itu dia bertanya Saidina Omar iaitu gigi Rasullulah yang mana yang patah dalam perang Huhud dulu. Wali itu berkata dia dapat merasakan gigi Rasullulah patah.

Maka hairan lah pelawat terhormat itu kerana tidak ada makluk lain yang datang ke situ beri tahu peristiwa gigi Rasullah patah!….

Wasalaam.
by : Umustaffar Mustaffar

Tidak ada komentar:

Posting Komentar